Puasa dah!
Hari ni dah masuk hari ke-3.
First time ni puasa as a pregnant lady. First day puasa memang ok je. Takde la lapar ke dahaga ke. Second day dia ada ngiong sikit kepala. Tu yang lemauuu je. Ni dah masuk 3rd day ni hopefully ok la.
Tapi sebab ni first time puasa dalam keadaan macam ni, so banyak jugak buat research and read here and there untuk tambah knowledge pasal berpuasa untuk ibu2 mengandung.
Ada terjumpa this blog post yang share FB post dari Wardina. A very good read. Dan sememangnya memang berpegang pada pendapat yang sama. Tapi sebelum ni tak berapa nak faham sendiri sebab belum experience waktu mengandung.
Tapi bila diri sendiri dah mengandung ni, baru faham konsep yang Islam mengecualikan ibu2 mengandung dan menyusu untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Meh nak share sikit article tu;
Sebenarnya Islam agama yang tidak menyusahkan umatnya. Nabi sendiri selalu menyuruh memilih yang lebih mudah. TIDAK WAJIB bagi wanita mengandung, orang uzur, musafir, orang tua dan kanak-kanak untuk berpuasa. Ambil lah tanggungjawab menjaga amanah yang Allah beri (iaitu nyawa/kesihatan dalam kandungan kita-bayi kita) sebaiknya. Bukan fikir mengenai diri KITA iaitu "takut nak ganti" atau "saya larat" adakah bayi anda larat tanpa air dan makanan? Allah sudah beri kelonggaraan maka gunakanlah. Saya tidak berpuasa ketika saya hamil ataupun menyusu kerana risau anak saya. Saya bersimpati dengan mereka yang hamil atau menyusu sampai lembik sebab berpuasa. Islam tak suruh begitu. Bayi dalam perut perlukan nutrien secukupnya. Akhirnya kita buat keputusan yang terbaik bedasarkan ilmu, nasihat pakar dan badan kita sendiri.
Sekadar berkongsi. Telah berbeza pendapat para fuqaha' berkenaan puasa wanita hamil dan menyusui anak kepada 5 pendapat, iaitu:
Alhamdulillah saya mengikut pendapat pertama.
1- Golongan pertama berpendapat keduanya wajib memberi fidyah tanpa qadha'.
2- Golongan kedua membezakan antara hamil dan menyusui anak, iaitu yang hamil wajib qadha' sedang yang menyusui wajib qadha' dan memberi fidyah.
3- Golongan ketiga berpendapat keduanya wajib mengqadha' dan memberi fidyah
4- Golongan keempat berpendapat keduanya wajib mengqadha' tanpa fidyah.
5- Golongan kelima berpendapat keduanya tidak wajib qadha' dan tidak wajib juga memberi fidyah.
Yang rajih (kuat) berdasarkan kekuatan dalil dan hujah ialah pendapat pertama, wanita hamil dan wanita yang menyusui anak dibenarkan tidak berpuasa, dan wajib memberi fidyah iaitu memberi makan satu orang miskin untuk setiap hari dia tidak berpuasa, tanpa perlu mengqadha'nya.
Demikianlah pendapat para Sahabat Nabi semisal Ibn 'Abbas dan Ibn 'Umar, bahkan kata Syaikh Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim "tidak diketahui adanya Sahabat Nabi yang menyelisihi pendapat ini" [Rujuk: Sahih Fiqh al-Sunnah, 3/168]. Allah Maha Mengetahui.
Betul lah tu. Islam itu mudah. Jadi permudahkanlah urusan kita sebab Allah itu Maha Mengetahui. :)
So for the time being kita nak merasa jugak puasa untuk few days ni. Tapi kalau betul2 tak larat and rasa something wrong with baby, kena la cepat2 berbuka. Sebab kesihatan baby lagi penting dari emosi ibu yang sibuk nak puasa penuh kan?
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa semua!
( ˘ ³˘)♥
No comments:
Post a Comment
Use your words carefully kids. This gonna live for a very long time~!