Monday, March 24, 2014

Banglo Seksyen 2, Shah Alam

*Throwback Post*


I am pretty sure that most Malaysian tahu pasal cerita horror Banglo Seksyen 2 yang sebenarnya bukan banglo ni kan? Especially budak2 UiTM Shah Alam. Kenapa saya nak cerita pasal this banglo pulak? 

Sebab few days ago, saya tengok telemovie dekat Astro, Banglo Seksyen 2. Dulu memang pernah baca pasal banglo ni. But some said yang it's not real. But some claim that it is. So I was like, mendeeeeee lah weh. Real ke tak real ni? Tapi for me, the stories yang student tu cerita memang macam real. And it actually gave me goosebumps. 

Yang belum pernah baca the stories, here I copy paste for you...

====================

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

====================

Creepy, kan?

So the question is, would you rent a fully furnished house at the cost of RM50 per month? I know I would. I don't care if there are 'things' in it. I mean, fully furnished end lot house gitu at only RM50 sebulan, gila ke tak nak??? Rugi oi! 

Biarlah ada makhluk ke ape ke. Make friend la. Those 'thing' pun exist anywhere pun kan? As long as you know what to do what's not, then I think takde hal kot nak stay in the same place. Kan? Kan?

Ok. Saya tahu. Kerja gila. Ahahahahhaah!

Kbye! ;p

Friday, March 21, 2014

#PrayforMH307

*Throwback Post*


It's been two weeks.

And they found 24 meters object and debris in Indian Ocean. As much as I hope that it is the one, I am pretty much really hope that it is not. 

But if it's really them, I am praying and hoping for at least a survivor. No. I pray that everyone is safe. I hope they are all safe, somewhere. Safe. 

Insyallah. 

Thursday, March 20, 2014

Saya Tourist Sejati Kota Tokyo Part 7


*Throwback Post*


Kali ni nak cerita pasal Asakusa, one of my favourite place to visit in Japan. 

Why do I love this place?

Because of the environment. Very old skool with a little bit of modern touch, gittew. If you're the type yang suka kan keaslian and wanna learn about the culture but still need technology, this is the place to be bila dekat Tokyo.

So what to do when you're in Asakusa :
  • Visit Sensoji Temple - Ok first off, it is best to visit this place during the weekend. Yes it will be very crowded. Tapi the pros is that there will be a little matsuri dekat kawasan temple tu. Ada pakcik makcik abang kakak bukak gerai kecik2 jual takoyaki, okonomiyaki semua. It's fun to watch tau! 
          And then along the streets to the temple, Nakamise nama jalan tu, ada banyak jual souvenirs and also food! Local snacks mostly. My advise is to try the snack stall and towards the very end of Nakamise. Dah 3 kali beli snack tu but until today duk lupa nama. Dia macam cekodok, tapi berintikan something sweets. Kena try! 

  • Ride the rickshaw - Sepanjang panjang main road dekat Asakusa ni you guys confirm akan nampak abang2 and kakak2 penarik beca ni dengan rickshaw masing2. Don't be afraid to ask. Their english is not that bad tau! Broken la tapi. But still, they can speak english. Well, at least some tried. ;p 
          Rickshaw ada macam2 trip. You guys boleh survey dulu with path yang korang interested nak tengok. Pergi to every abang2 dan kakak2 gagah tu. Mintak nak tengok package. Sebab bukan semua from the same company. So ade yang lain2 route. Harga pun maybe lain. The price based on time. Kalau tak silap 30minutes dalam 8000yen for two person. For yang first timer datang Asakusa, I  
          recommend you guys amik Edo route.

          It's a little bit pricey yes I know. But the experience is worth it. :)

  • Eat Meron Pan - Ini wajib cuba! Ada satu kedai old school betul2 depan Sensoji Temple ni. Hmm...how to tell the direction eh? Hmm...ok. Dari main road, selepas Nakamise, ada shrine kecik on your right. Exactly next to it ada restaurant kecik. It's easy to find. Sebab mesti ada orang beratur panjang nak kan meron pan tersebut. Sebab meron pan dia sedap! Serious!
          It cost at 170yen seketul kalau tak silap. Size dia besar. So beli 1 je cukup. Makan sambil pusing2 Sensoji Temple. Fefeeling dorama jepun gitu. Ahahahahahhah!


  • Eat at any Okonomiyaki Restaurant - One thing I always look forward in Asakusa is to try to self cook Okonomiyaki. There are some restaurants dekat Asakusa yang ada this type of self service. The restaurant that I went to named Hyoutan. Tapi ade je lagi banyak choices. Just ask around. Or senang, just tanya je abang2 and kakak2 beca. Diorang confirm tau. :)
         Sebenarnya ada je any other restaurant Okonomiyaki all around Tokyo. Cuma I prefer this one yang dekat Asakusa sebab terasa japanese dia. So boleh la nak fefeeling dorama Jepun, gittew! 
         Ahahahahahahh!
          
This one dekat Yokohama. I don't remember the name of the restaurant tho. ;p
  • Ride the River-cruise - Naik river cruise ni sekali je. Itu pun nasib baik ada orang bawak. The next 2 trip tak pergi, sebab I don't know how to get there, plus bila ingat balik dia stop dekat mana tu yang nak berpinau mata. Sebab jauh gila. But this was one of the best experience gak. 
          The fee kalau tak silap start at around 1100yen gak. Do check for more information about this ride. Sebab so far, I didn't actually found any. Sebab tu I gave up on going here without guidance rasenye.


  • Visit Hanayashiki Theme Park - Siapa sangka ada theme park dekat tempat yang macam ni. Ade hokay! Theme park ni dah more than hundred years old. And tersorok sikit location dia. Just look up and you'll see some of the rides. Jalan je ke arah sana, confirm jumpa. 
          I am always looking forward to go here everytime pergi Asakusa. Because I just LOVE theme park. I love rides. Rollercoaster especially. Plus, this is where they film that short dorama, Tokio~Chichi he no Dengon~. So technically Sakurai Sho and Kokubun Taichi had been here! Homagah! *grin grin*

          Admission fee is at 900yen. Lepas tu you can buy la ride's coupon at 100yen per coupon. Saya selalu beli 11 coupon sekali gus. And usually I spend less than 3000yen pun dalam ni. Extreme ride tak banyak sangat. Tapi the environment is what I am looking forward to. :)


Okay so that's basically what I did in Asakusa back then. Maybe tak banyak yang saya boleh kongsi, sebab I didn't explore banyak tempat lagi. Tapi ini pretty much apa yang saya rasa perkara yang best yang saya nampak dekat Asakusa ni. I would love to come here again sometimes in the future. 

I love this place. And I'm sure that you would too! :)

Okbye!

Monday, March 17, 2014

Big Mouth Burger


*Throwback Post*


Ada satu weekend hari tu pergi sini with my sister. Saje je nak try. Sebab dah banyak kali lalu, tapi tak pernah masuk. So we finally did that day. 

Sebelum ni, tak pernah dengar pun nama Big Mouth Burger. So nak masuk pun macam nak tak nak je. Tapi bila nampak display gambar dari luar, macam menarik je charcoal burger dia, itu yang buat kami adik beradik nak cuba tu.

The restaurant layout simple nak mampos. Itu yang lagi bernafsu nafsu nak masuk restaurant ni.


When we came that day, memang the restaurant was empty. Langsung takde orang. PapaRich dengan Dominos dekat sebelah ni je yang penuh. Bagus! Saya pun bukannya suka sangat tempat ramai2 sangat orang ni. Semak!


There were only 2 workers je masa ni. When we first looked at the menu, honestly terkejut sebab the price sangat affordable. The burger came with fries and a drink. I don't quite remember what we ordered tapi 2 burgers with fries and 2 drinks and then plus onion rings was only at RM25.90.

Yup! Gila murah. And the food? Gila puas hati.



There was not a lot of choices but okla kalau nak makan burger je. Puas hati lah. Portion dia pun besar. Would love to come here again. :)

By the way, ini apa yang kami ordered.

Pearl Harbour Charcoal Burger


I would definitely recommend this restaurant to all burger lovers. Sebab burger pun sedap. Portion dia besar. Berbaloi sangat dengan harga. Plus the restaurant is very cozy. Kalau nak hangout lama2 lepak sini pun best.

So far Big Mouth Burger ni baru ada 4 outlets in Malaysia. Dekat KL area 3 dekat Seremban 1. Every other parts in Malaysia belum wujud lagi. This one yang dekat Seremban lah obviously.

If you wanna know more about the menus and all just visit them here.

Also kalau nak senang, here I list down all the outlets punya address. Senang you guys nak cari nanti. Copy paste je dekat waze okeng? Haha!

1. Big Mouth Burger (Bandar Sunway)
No.28, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway Industrial Park,
46150 Petaling Jaya, Selangor 
Tel : +603-5612 6939

2. Big Mouth Burger ( Seremban 2)
No.337, Jalan S2 B8, Seksyen B, Uptown Avenue,
Seremban 2, 70300 Seremban, N.Sembilan
Tel : +606-601 4925

3. Big Mouth Burger (Cheras, Tmn Connaught)
No.4, Jalan Menara Gading 1,
Taman Connaught, Cheras, 58000 Kuala Lumpur
Tel : +603-8958 7422

4. Big Mouth Burger ( Petaling Jaya, SS2)
No.28, Jalan SS2/66, 
47300 Petaling Jaya, Selangor
Tel : +603-7865 3523

There you go. Do give it a try ok? :)

Monday, March 10, 2014

It's been 3 days.... :'(


*Throwback Post*


Hari ni dah hari yang ke-3. 

Everyone is still worried.

Where are you?

Terlampau banyak sangat spekulasi yang menyakitkan hati. I nearly gave up on humanity. 

Tapi bodoh itu subjective. 

So I move on and keep praying for the flight to come home. 

I'm praying for a miracle.

Baliklah MH370. Jangan hilang lama sangat please.

O Allah...please...let them come home. Their family miss them so much. 

Hari ni dah hari yang ke-3...

Belum jumpa. Belum balik lagi.

Takpe. Esok. Insyallah...



:')

Saturday, March 8, 2014

#prayformh307

*Throwback Post*

My thoughts and prayers goes to flight MH307's crews, passengers and their relatives.


Tuesday, March 4, 2014

This is stupid.


*Throwback Post*


This is just plain stupid. 

And no I won't stop buying from Body Shop, like ever. 

Apa kene mengena Body Shop with the choices people make in life? 

So beli barang from Body Shop means menyokong LGBT? The bloody hell is this stupidity mang? 

Apa la bangang ni?

How shallow kan people get these days? 

I'm not saying that I support LGBT. I'm sorry but I don't. But that does not mean that I am allowed to treat them differently from others. They're people. Ada hati dan perasaan. Accept them. Help them. Even if it is wrong from what you believe in. Tak suka, then ignore. Jangan maki and caci them. Ingat elok sangat ke perangai tu bila hina diorang? 

smh

Monday, March 3, 2014

My pet story.

*Throwback Post*


I love pets. Any type of pets. As long as its the furry fluffy cute and loves to depend on human kind of pet. Saya ni memang animal lover. I'd cry over a dead animal on the road daripada kesian dan menangis dengan random people yang hilang saudara. Serious. 

sebab bagi saya binatang ni haiwan yang lemah. Akal mereka tak sebaik manusia. So if malapetaka jadi dekat these animal, how do they handle it? Kalau manusia, dah ada akal kan? 

Ok back to my pet story. I remembered when I was little when my dad brought home a tiny little kitten whom I named Yuni. Yuni ni baby sangat lagi masa abah bawak dia balik. Abah jumpa dia dalam longkang. And it was raining masa tu. Yuni sebenarnya still breastfeed so bila bawak dia balik tu, abah just bancuh susu dutch lady tu je untuk dia. Dulu mana lah ada jual susu and bottle for pets kan? 

Lepas tu masa tu mum ada this one carpet. I think most Malaysian home mesti ada this carpet at least satu. Carpet warna putih bulu2 tu. Yang if we sleep atas dia rasa macam tido atas awan gitu. Tau? Jap goggle image sat.


This carpet! 

Jadi sebab Yuni ni baby lagi, dia rindu mama dia. So sebab carpet ni bulu dia lembut, so dia buat la carpet ni jadi mama dia. She slept on it and actually buat carpet ni jadi pacifier dia. I think I slept with her on the same carpet masa first day tu. 

Bila Yuni ni dah makin remaja, beliau pun dah start nak bawak balik boyfriend masuk rumah. That's when we found Kiki. Kiki ni was a young male cat. Boyfriend si Yuni la. Tapi nyawa dia tak lama. I don't remember why he died. Saya just tahu dia sakit. And the doctor at the vet boleh siap ganti lagi Kiki with another handsome male cat whom I named Manja. Kenapa saya namakan beliau itu? Obvious sangat la kan nama dia. ;p

Nak dijadikan cerita, Manja and Yuni pun kawen and dapatlah kitten2 yang comel sangat ya rabbi. Tapi tak tau la apsal si Yuni ni tak reti nak beranak agaknya and tak reti lagi jadi mama, so most of her kittens died. Pernah sekali tu,dia beranak songsang. Badan kitten tu keluar dulu instead of kepala. Kesian gila. Masa tu I was still in kindergarden kot. Obviously I dunno what to do la. Mampu tengok je.

A few years has pass, si Yuni ni duk la asyik bunting beranak bunting beranak. Lepas tu tak reti jaga baby. Most of her babies died. The only one yang I still remembers until this day is Mr.Black. Lepas Manja died few years later and Mr.Black jadi the boss. Mr.Black ni very close with my dad. Dia yang paling dengar kata. Nak makan, mintak. Nak membuang, mintak tolong bukak pintu toilet. Sampai la he passed away sebab dah terlampau tua. Sobs.

And then after that for few years our family tak bela cats anymore. But I love cats so much that I personally adopted stray cats dekat belakang rumah. Bagi makan and all. And ada this one cat named Nani. Previous owner dia nama Noni, my neighbour belakang rumah. She left the cat for me to kept sebab her family moved to another state. So I took care of her cat sampai la si Nani ni beranak pinak and all.

Sejak jaga Nani ni lah, I started to learn more about cats and how to handle cats. Siap dah pandai jadi bidan for cats. Sebab Nani ni very attached to me. Pernah sekali tu dia meow to me loudly sebab nak bagitau yang dia nak beranak. So I setup a nice place for her to do so and teman sampai lah dia habis beranak 5 ekor kittens.

Pernah sekali tu her kittens kena bawak lari stray dogs sampai ke kawasan jauh gila. She chased the dogs away tapi macam susah nak bawak balik semua anak2 dia balik. Dia bawak balik dalam dua ekor je and nangis2 sebab lagi 3 ekor tak jumpa. (this was what my previous maid told me). She waited for me to come back from school. I straight away go to her lepas I heard the story from my maid. Lepas tu Nani ajak pergi tempat yang ada anak2 dia tu. My maid bagi small basket so that I can bawak 3 babies sekali gus.

I searched for the kittens and found all 3 of 'em dekat atas divider jalan yang berumput. Nasib baik the kittens tak masuk longkang. Neighbours dekat area tu tolong tengok je. And duk told me things yang I already knew.

When we got back, I placed the kittens dekat tempat dia balik. This time I made a net dekat their home so that dogs can't kacau them anymore. All of her kids grew up beautifully. Ingat lagi yang lepas je balik sekolah I would duduk dekat belakang rumah, and semua nak duduk on my lap. Berebut rebut sampai kadang2 tu masing2 duduk on top of each other just sebab nak sit on my lap. LOL

Tapi sebenarnya activity petang saya ni memang my parents tak suka sikit. Diorang tak suka when I played with Nani and her kids. Sebabnya, I am actually allergic to cat's fur. Stray cat's fur to be exact. Every time lepas spend time with them I would come back inside with a flu. Tapi saya kan degil, I still play and took care of those cats sampai la one day parents renovate rumah and those cats lost their home. Sobs.

For couple of months I didn't play with them sebab tak boleh nak pergi belakang rumah. Plus agaknya kucing2 tu dah takut tengok entah siapa2 la duk buat kerja dekat belakang rumah tu, dengan bunyi bising renovate lagi, so after that couple of months, I did see them again. Yang tinggal cuma 2 ekor je, Boy and Baby.

Boy ni...kucing yang paling penyayang I've ever known. Kucing jantan yang suka adopt other stray cats and bawak datang belakang rumah to see me. Pernah sekali tu, he adopt this one kitten. Tau ape die buat? He actually biarkan the kitten buat nipple dia jadi pacifier. And he was so protective of his sister, Baby. And believe it or not, this two siblings tak macam any other sibling cats yang lain. Diorang tak mate with each other. Baby siap datang bawak boyfriend. And then the boyfriend took her away. Baby pun tak balik2 dah.

During this time, my parents macam like kesian to us sebab the cats dekat belakang makin sikit and those cats pun makin lama makin nak meninggalkan kitorang ni. So they ajak us to go to a pet store. Time tu la jumpa Amanda. The most gorgeous and very sophisticated Persian cat.

Mula2 amik dia sorang je. But then dia macam lonely. So we decided to take in another cat to keep her company, Blacky. Both were just a kitten masa we brought them in. They were the sweetest couple ever. Few months after that, Amanda got pregnant. And two kittens were born. We named them Aladdin and Jasmine. Yeah. Parents yang bagi those name. ;p

But unfortunately, maybe sebab Amanda is still young and it's her first babies so die kurang tahu nak jaga babies, so Jasmine died not long after. Tinggal la Aladdin sorang. And because Aladdin was the only kitten, Amanda and Blacky took care of her macam princess. They feed her, taught her stuff; seperti meluncur dari hujung rumah ke hujung rumah. And if nak thrill lagi, lari laju2 from tangga and bila dah sampai bawah, slide! Hahahaha! Seriously, this happened.

Our cats family grew big after a few years. Amanda gave birth lagi and then there's Raphael, Micheal, Baby and then Buffy. All boys. Then a family friend gave us two Siamese cats, Tiara and Kiara. Sampai lah satu masa tu we have around 30 cats at a time. We obviously didn't keep most of 'em. Sebab banyak sangat, so parents asked us to let some of them go. Sebab tak menang tangan nak jaga. Plus we don't know siapa yang bagitau the neighbourhood pasal our cats, sebab ramai random people came to our house sebab nak beli kucing from us.

Most of the time, we kept all the cats and took care of them sampai la tiba2 ada orang datang and nak beli. Obviously, we let go yang still babies sebab yang dah besar tu means a lot to us. They're like family. No way nak let go gitu je. Ada juga yang siap dah booking awal2 masa dapat tau ada newborn. We always said yang boleh bagi bila the kittens dah putus susu je. So they have to wait.

It still hurts giving those babies away even if we didn't gave them names yet. Sedih ok. Sebab itu adik2 saya. Sobs.

Pengalaman bela kucing since kecik ni taught me alot about cats. Kitorang believe in treating this cats like family. Like human jugak. Sebab tu our cats ni a lil bit different from any other cats. Our cats ni perasan yang dia tu manusia. Ada hati dan perasaan. And they think that they are very superior than any other cats around.

Our cats ni are arrogant sangat sampai ada satu tahap tu bila one day, this one female stray cats datang sebab nak kawan dengan Frodo, all of our cats tak suka beliau sebab beliau stray cats. Except Tiara and Frodo. This two je yang layan this cat which later we named, Willow. When we sisters duk main2 with Willow and kinda force the others to main dengan dia, barulah slowly diorang accept Willow ni. Kesian dia.

Willow ni was an overly attached cat. Dia stray cat. So we layan her like one. She don't get to sleep in the cage la obviously. So every night dia sneak in and tido with my sister dekat our living room. And then bila dah senja and dah masa untuk semua cats to return to their cages, she insist us to put her in as well.

Mama cakap she invites herself. Takpelah. Adopt je dia.

And so we did.

And then few years later just months before my brother nak dapat baby. My parents give all of our cats away without telling us. All of 'em. Semua. Termasuk cages dekat belakang rumah. Everything.

I didn't know.

Sampai la petang tu lepas balik kerja, dah jadi routine untuk pergi belakang rumah untuk check on them, imagine how I feel when I saw nothing left dekat situ.

I cried so hard. Sebab I lost my brothers and sisters.

I can't even let myself to do laundry at home anymore. Sebab doing laundry means I have to pergi belakang rumah and tengok the empty place. I kenot. And I couldn't even remember pun berapa tahun tak jejak kaki dekat belakang rumah sebab tak sanggup nak tengok and teringat dekat adik adik kucing.

My sisters were devastated as well bila dapat tau yang our cats are no longer in our care.

And then 2 years ago, my sister pergi pet show and SPCA offers cats for adoption. They secretly adopted a cat. We didn't tell our parents about him until after a few months. Now, kitorang ada sekor je kucing. Satu je baby. Dia lah pengarang jantung hati for us family. Even my brother's daughter love him so much.

And he, also, sigh, tak tau lah apa silap ajaran kami ni dekat dia, tapi he is very arrogant as well. Dia ni taknak kawan dengan any stray cats. Only cats with a collar je can be his friends. Tapi these friends, tak boleh stay in the same home with him. Why? Sebab dia sorang je baby. No one else boleh amik tempat dia. NO.

Sigh

Ok. ;p

Adik saya, Lensey. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...