Last day berjalan sebelum kene gerak balik esoknya.
Sobs
Hari ni kitorang berjalan pergi Bendera Hills. Ramainyeeeeee time tu!
Tapi sebab dah sampai, so kitorang redah kan jugak. Parking pun main selamba parking depan rumah kosong. Nasib baik ramai pakcik2 RELA tolong jagakan kereta. Thumbs up to them!!
Lepas parking tu, terpaksa jugak berjalan few meters nak ke entrance. Cuaca hari tu memang OHMAGAD panas terik! Tapi redha je lah. Sedar diri duduk Malaysia kan? Haha
Sampai2 je dekat area entrance, kawasan tu memang tengah heavy pack with orang2 yang nak beli ticket and nak naik Bukit Bendera. So I bought express ticket for both of us sb kitorang tak nak beratur lama2. Plus boleh dapat seat awal.
Kemain ramai manusia nak naik Bukit Bendera. Abam Bangla pun ramai. Cuti kot. Hehehe.
Kita selfie satu kali.. :D
Lepas menunggu dalam lebih kurang 15minits, dapat lah naik tram. Untung dia sebab beli express ticket, dapatlah kitorang naik dulu and duduk instead of berdiri.
Perjalanan naik atas tu takde la lama sangat. Around 5-7minits jugak. Tup2 dah sampai atas. Seb baik sejuuukk. Haha
Windy sangat time ni, I loike!
Also being pregnant, of cors la mak lapar kan? So kite pun duduk la jap kat cafe kat atas tu and makan platter sikit. Hehehehhe
Sambil2 duduk tu haruslah buat sesi bergossip dan sesi check in foursquare khen? Perangaaaaaiii sangat! hahahah
Lepas dah rehat kejap tu, terus duk cari apa lagi activity boleh buat kat atas ni selain dari duk bergambar memanjang. There's few things boleh buat la. Boleh tour naik buggy sampai top tengok rumah orang, tengok view and all. So that's what we did!
Our tour guide ni very friendly. Talkative gila! Also kuat gossip. Habis pasal segala orang yang banyak derma and menyumbang dekat Bukit Bendera tu dia cerita. All the good things lah! We had fun having him as our guide. Lupa dah nama die. Paling tak boleh lupa, cepat je die guess kitorang ni best friend since sekolah ke? Haha
Lepas puas tour satu Bukit, kitorang jalan2 dekat area dataran. Ada Toy Museum and 6D Ride. Decided to pergi jugak and have a look. Ye lah, dah sampai kan. Alang2 try je lah semua.
Dah puas dekat atas tu, lebih kurang dalam 2 jam lebih gak la, kitorang terus nak turun sebab nak elak bersesak dalam tram. Alhamdulillah the trip when well. We went back to the hotel right after. Almaklumlah ibu mengandung cepat kepenatan. Huhu
That night, we had our dinner dekat this one famous Nasi Lemak Restaurant. Taknak lah cakap nama, sebab nak bagi bad review ni, Haha
Nasi Lemak memang terbaik. Serious. Orang pun ramaiiii sangat datang makan. Cuma the service dari Owner tu sangat mengecewakan. Langsung tak peduli customer yang dah lama menunggu. Nasi dah habis bagitau lah elok2 dekat customer yang they need to wait lagi half and hour ke, ini tak, dia biar je customer beratur panjang2 and tunggu. Langsung takde nak bagitau yang people have to wait lama sikit. Plus cara service pun macam tak kisah je customer lari sebab dia tahu ramaii lagi yg akan datang kedai dia.
Seriously the first and the last datang sana. Haha
Sekian sahaja laporan Penang Trip, Yay habis!
KBye!