Friday, June 23, 2017

My Pregnancy Story #1



Assalammualaikum :)

Aimee dah nak masuk 10 bulan baru sempat nak menulis pasal pengalaman mengandung. Nampak sangat kurang masa duduk nak berbelog kan?

Ok jom start cerita. s( ^ ‿ ^)-b

Masa dapat tau pregnant tu I was in absolute denial. Sebab tak sangka pregnant. Tapi ramai makcik2 even mama sendiri pun asyik cakap "Kakngah pregnant ni" sebab masa tu macam2 alahan dapat. Tapi sumpah lah diri sendiri ni tak suspect apa2. Ye lah. Tak pernah kena kan? Mana lah nak tau alahan pembawakan tu macam mana kan?

Sampai hujung bulan December. Masa tu adik nak kahwin. Semua tengah busy sangat. Tiba2 joint2 badan ni macam kena allergy. Habis merah2. Pedih. Dah la nak cantik2 masa wedding adik. Boleh pulak allergy macam tu. Then mama cakap, "Memang Kakngah pregnant ni. Sebab mama dulu pun macam tu" and I am still in denial.

After wedding adik about a week macam tu, I decided tu check sendiri. Beli la pregnancy test kat farmasi and test sendiri. The result?



Hamek! Positive kau! Nampak tak betapa denial nya diri ini bila buat pregnancy test sampai 3 kali? Hahaha (*≧▽≦)ノシ)) Masa ni hubby dah senyum sampai telinga dah. Sambil gelak sebab bini dia sorang ni buat pregnancy test sampai 3 kali. Haha

Kami tak pergi klinik immediately pun lepas buat test tu. Tunggu after seminggu baru pergi klinik kesihatan untuk check. Jujur cakap, masa tu walaupun dah 3 kali buat self pregnancy test, selagi tak scan and tengok kantung baby, selagi tu rasa macam tak pregnant. Haha

Masalah betul Aida ni kan? (^A^)\

Sadly pergi KK just check urine test je. Takde scan pun. Urine dah tentu2 lah positive kan? And nurse suruh datang bulan depan untuk bukak buku. So nak taknak kene tunggu lagi for scan. Tapi satu hari, nak dijadikan cerita, tiba2 bleeding teruk. Bleeding yang darah keluar macam baru lepas kene tikam. Haa dramatic kan ayat? haha

Masa tu panic gila! Panic sampai I cried so much. Masa tu dah midnight pun and I was tired before. Tapi tak sangka la bleeding teruk macam tu. 。・゚・(*ノД`*)・゚・。

Esoknya, hubby took me pergi Columbia Hospital dekat S2 terus. Jumpa dengan one of the best OBGYN, Dr.Pang. Hati dah dup dap dup dap dah masa menunggu tu. Sumpah takut jadi apa2. Tapi hubby try to calm me down sebab he said takde any ketulan darah pun yang keluar. Cuma darah cair je semata. Tak tau la hati nak lega or tak dengar gitu.

Bila masuk jumpa doctor and cerita apa yang patut, dia terus asked me to lay down sebab die nak scan perut. And then dia cakap, "Boleh tengok baby" masa ni dari risau terus muka ada senyuuummm. Hehehe


Tadaaa! First picture of my baby's kantung. Haha! Dr.Pang explains yang my bleeding was absolute normal for first pregnancy sebab blood clot ni terbentuk sekali dengan embryo yang dipanggil Subchorionic Hemorrhage. Blood clot tu eventually akan habis and hilang sendiri.

By the way, masa scan ni, I had no idea where my baby is. Hahahaha nasib baik doctor tunjuk. (#^^#)ゞ

Ada ke yang tak tau baca scan picture ni? Sebab I'm one of those yang masa mula2 dulu memang langsung tak reti tengok gambar scan baby ni. Dulu kalau orang2 post dekat facebook, kepala sampai teleng2 duk tengok gambar tu cari yang mana baby. Hahaha

Anyway, lepas check up hari tu..hati ni memang lega sangat. Alhamdulillah baby pun sihat. Kite pun sihat juge. Doctor suruh take care and jaga kesihatan banyak2 supaya senang bersalin nanti. Hati ni dari dulu memang sentiasa berdoa untuk bersalin normal. So memang kena jaga la badan ni. Dah la plus plus size kan? Jadi benda2 macam high blood, glucose semua tu memang kene extra jaga.

Ok. That's it for now. Nanti kita share lagi pasal my pregnancy story and tips2 nak elak baby kena jaundice. Kbye! Muah! ( ˘ ³˘)♥

Thursday, April 20, 2017

Penang Trip Pt.4

Last day berjalan sebelum kene gerak balik esoknya. 

Sobs


Hari ni kitorang berjalan pergi Bendera Hills. Ramainyeeeeee time tu!

Tapi sebab dah sampai, so kitorang redah kan jugak. Parking pun main selamba parking depan rumah kosong. Nasib baik ramai pakcik2 RELA tolong jagakan kereta. Thumbs up to them!!

Lepas parking tu, terpaksa jugak berjalan few meters nak ke entrance. Cuaca hari tu memang OHMAGAD panas terik! Tapi redha je lah. Sedar diri duduk Malaysia kan? Haha

Sampai2 je dekat area entrance, kawasan tu memang tengah heavy pack with orang2 yang nak beli ticket and nak naik Bukit Bendera. So I bought express ticket for both of us sb kitorang tak nak beratur lama2. Plus boleh dapat seat awal.



Kemain ramai manusia nak naik Bukit Bendera. Abam Bangla pun ramai. Cuti kot. Hehehe.


Kita selfie satu kali.. :D

Lepas menunggu dalam lebih kurang 15minits, dapat lah naik tram. Untung dia sebab beli express ticket, dapatlah kitorang naik dulu and duduk instead of berdiri.



Perjalanan naik atas tu takde la lama sangat. Around 5-7minits jugak. Tup2 dah sampai atas. Seb baik sejuuukk. Haha


Windy sangat time ni, I loike!

Also being pregnant, of cors la mak lapar kan? So kite pun duduk la jap kat cafe kat atas tu and makan platter sikit. Hehehehhe


Sambil2 duduk tu haruslah buat sesi bergossip dan sesi check in foursquare khen? Perangaaaaaiii sangat! hahahah

Lepas dah rehat kejap tu, terus duk cari apa lagi activity boleh buat kat atas ni selain dari duk bergambar memanjang. There's few things boleh buat la. Boleh tour naik buggy sampai top tengok rumah orang, tengok view and all. So that's what we did!



Our tour guide ni very friendly. Talkative gila! Also kuat gossip. Habis pasal segala orang yang banyak derma and menyumbang dekat Bukit Bendera tu dia cerita. All the good things lah! We had fun having him as our guide. Lupa dah nama die. Paling tak boleh lupa, cepat je die guess kitorang ni best friend since sekolah ke? Haha

Lepas puas tour satu Bukit, kitorang jalan2 dekat area dataran. Ada Toy Museum and 6D Ride. Decided to pergi jugak and have a look. Ye lah, dah sampai kan. Alang2 try je lah semua.

Dah puas dekat atas tu, lebih kurang dalam 2 jam lebih gak la, kitorang terus nak turun sebab nak elak bersesak dalam tram. Alhamdulillah the trip when well. We went back to the hotel right after. Almaklumlah ibu mengandung cepat kepenatan. Huhu

That night, we had our dinner dekat this one famous Nasi Lemak Restaurant. Taknak lah cakap nama, sebab nak bagi bad review ni, Haha

Nasi Lemak memang terbaik. Serious. Orang pun ramaiiii sangat datang makan. Cuma the service dari Owner tu sangat mengecewakan. Langsung tak peduli customer yang dah lama menunggu. Nasi dah habis bagitau lah elok2 dekat customer yang they need to wait lagi half and hour ke, ini tak, dia biar je customer beratur panjang2 and tunggu. Langsung takde nak bagitau yang people have to wait lama sikit. Plus cara service pun macam tak kisah je customer lari sebab dia tahu ramaii lagi yg akan datang kedai dia.

Seriously the first and the last datang sana. Haha

 Esoknya kitorang check out early jugak la sebab nak menempuh perjalanan balik tu kalau boleh taknak ke malam baru sampai rumah. Alhamdulillah our way back home was smooth without any problem walaupun highway banyak kereta.

Sekian sahaja laporan Penang Trip, Yay habis!

KBye!

Tuesday, April 18, 2017

Okay so here's the reason..


After for so many months, here I am again. Bukan saja menghilang, but I was actually at home busy coping with my new found love and also my laptop was far away to be reach to blog. Plus, tak jumpa masa pun nak duduk dan tulis belog macam dulu.

Alasan #1

I got pregnant with my daughter. Alahan dan pembawakan masa mengandung tu teruk sangat. Nak bangun pun tak larat. Asyik makan, muntah, makan, muntah. I felt nausea most of the time. So nak masuk office waktu tu memang susah sangat. 

You see, dulu memang kalau nak amik mood tulis belog memang dekat office. Sebab time tu lah idea menulis datang mencurah curah. Plus, laptop pun memang tinggal dekat office. So bila masa pregnant tu badan lesu dan tak datang office, nak berbelog memang terbantut lah jawabnya.

Alasan #2

 Kenapa tak blog with mobile? or ipad? 

Haha tak puas la oii. Plus nak pandang screen lama2 and kadang2 with no wifi and only mobile internet tu adalah menyiksakan tahu? 

I know right, it's 2017 and mobile internet still sucks big time here in Malaysia. Ugh

Alasan #3

Bila my daughter was born, my time became more limitless. Langsung payah nak cari masa untuk on laptop and blog. So even though baby dah besar and boleh bawak pergi office, I still find it hard to get some ME time to do blogging. Plus, my baby daughter ni full breastfeed. So her neediness and attachment tu memang buatkan masa sentiasa tiada untuk berbelog. 

Even dah start kerja pun, nak on laptop pun susah sebab baby sentiasa mintak kena pegang. Jadi kerja lately ni memang banyak verbally je instead of me doing any paperwork. 


So that's why I was away from blogging. Habis dah cerita. Lepas ni will habis kan update pasal Penang Trip. Also will share about my pregnancy experience. 

Bye~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...