Friday, November 20, 2015

Foodgasm Festival 2015


SUMPAH I planned to write about this earlier. Tapi Ya Tuhan dia punya busy....kalah pak menteri weeeehhhh! So here goes...

Cerita dia, weekend hari tu ada pergi Foodgasm Fest dekat Dataran Petaling Jaya. Pergi dengan bestie, Dayah. Just the both of us. Sebab dah lama gila tak pergi event together. So ini macam first event we went together setelah sekian lama!

Sebab we both LOVES food, so mana mungkin event ini tidak best bagi kami, kheenn?


Friday, October 30, 2015

Vape. Kenapa Haram?


Kali ni kita nak sentuh pasal vape. Sebab sejujurnya cakap, sumpah tak faham kenapa vape ini nak diharamkan penggunaan dia. Harmful sangat ke vape ni? 

Kenal apa itu vape few years ago. Masa tu tak ramai yang guna and tau vape tu apa. Dulu pun harga vape bukan macam sekarang. Bersepah yang murah. Dulu harga mahal2. Nak beli pun takut. 

What I understand pasal vape ni, it is an alternative way for some people to stop smoking. Sebab rokok tembakau tu kan memang langsung tak sihat. Semua pun tau rokok tu membahayakan kesihatan. Tapi pelik plak kenapa tak pernah nak diharamkan..........

Tapi bila kena tang vape, kemain dia punya hujah2 pengharaman. Siap sokongan from kementerian lagi. Serious tak faham.

Kalau diikutkan pada penjelasan dan hujah2 "some people", vapes ni sama dengan rokok. Membahayakan kesihatan. Thus, HARAM.

Tapi...if kaji balik penggunaan yang betul dan sebenarnya, vape ni adalah salah satu daripada cara untuk buat penagih rokok untuk berhenti dari merokok secara berperingkat. Vape bukan baru ni start kat dunia ni. Dah lama dah ada.

Every where in the world dah guna. And it works. People actually slow down on smoking and eventually quits completely.

Tapi lain pulak dekat Malaysia ni. Instead of ajar cara2 menggunakan vape dengan baik, depa pi haram teruih! Kononnya budak2 pi letak dadah dalam tu. So macam vape ni penyebab budak2 isap dadah la skang.

Ceh

Dadah dari dulu dah ada. Pahal nak salahkan vape plak?

Kalau in the first place badan2 yang bertanggunjawab ni perkenalkan vape and ajar cara2 penggunaan yang betul, rasanya tak jadi masalah2 macam ni kot.

Tapi tu lah, takkan la nak perkenalkan vape kan? Habih tu nanti takde la orang nak beli rokok. Habis la salah satu pendapatan negara kan?

Kaaaaaaaaaaannnnnn????

Kbye! 

Wednesday, October 28, 2015

Bali Honeymoon Part 3

Ok meh sambung part 3......

Sebelum mula kena la bagi selfie dulu kheenn? XD
Day 3!

Okay. Mula2 nak bagitau..kitorang punya honeymoon trip ni memang wat lek wat peace je tau. Activity memang tak banyak mana pun. Most of the time kitorang spend time dalam bilik, mandi swimming pool and at the beach or at kedai makan. ;p

So day 3 ni memang hari yang sangat2 santai. Hehe

Pagi2 bangun, activity pertama yang kitorang buat, terjun dalam swimming pool. Sementara tunggu room service hantar breakfast kan. Kitorang buat la aktiviti kuak lentang dalam swimming pool. Tenggelam timbul tenggelam timbul gittew! Hak hak hak!

Friday, October 23, 2015

Cerita dulu lagi dikenang...


Tu belog lama.

Sumpah rindu nak tulis dekat situ.

Sebab dekat situ lah mula2 active berblog dulu.

Before start blog dekat blogger, I blogged at myspace's blog page. Then masa tu lah kenal dengan Khai (founder ohmedia). Kenal masa zaman2 forum scuks.com dulu. Homai...zaman dahulu kala sangat! Haha! Si Khai ni lah inspirasi menulis blog dulu. Rajin sangat baca blog dia. Now apa jadi tah. Ohmedia page pun dah macam gossip blog bangang je lately ni...

And masa tu jugak, my bestie starts blog dekat blogger (yang during that time nama die still blogspot!). She convinced me yang blogger is much better platform to blog. So start la blog kat situ on June 2008, setelah 4 tahun blog dekat myspace.

Dulu2 mana ada import2 blog ni. So tak boleh pun nak save blog dekat myspace tu. Penyudahnya bila myspace dah tukar everything sekarang ni, semua pun lesap!

Ni dah sepuluh tahun berlalu...masih lagi rindu blog dekat myspace tu.

Blog myspace yang macam ayam pun lagi dirindu, blog yang sebelum ni? Lagi lah mak rindu naaaaakkkk~ TAT

Plan dia nak revive balik blog lama tu. Delete post2 yang macam bangang, and import all the post dalam blog ni, there.

Plan je lah.

Bila nak bertindak pun tak tau lagi lah.

Haha

Ok dah. Bye!

Monday, September 21, 2015

Bali Honeymoon Part 2

Belanja satu selfie perantin baru. :*
Hari kedua dekat Bali.

Hari ni we decided untuk ambil private tour pusing2 Bali. The guy yang bawak kitorang tour ni, kitorang jumpa dekat depan Pasaraya Bintang, Kuta. Apa entah nama dia. But he was a really nice guy. Belum book apa2 lagi dah tolong belikan simcard. LOL Marketing nama nya itu adik2.


Wednesday, August 19, 2015

Bali Honeymoon Part 1


Yes! We went to Bali for our honeymoon. Cliche I know. Tapi Bali tu la yang paling jauh tapi dekat dan cantik dan belanja pun tak berapa nak mahal sangat. 

Dulu pernah pergi Bali dengan kawan2. 4 years ago. Masa tu kawan yang setup kan everything. Kite tinggal bayar and pergi je. This time semua buat sendiri. Tak pakai travel agent pun. Memang bedal sendiri je. Buat research few months before kahwin. Bagi celik sikit pasal Bali. Takde la nanti terkial kial dekat negara orang kan?


Thursday, July 2, 2015

De Jazs Wedding House




Untuk wedding hari tu, I chose De Jazs Wedding House dekat Nilai. Wedding House ni offer pakej lengkap untuk kahwin. And when I said lengkap, pakej dia includes; Sewaan Dewan, Katering & Candy Buffet, Wedding Dais & Deco, Baju Pengantin, Gubahan Hantaran, Make up & Henna. 

Also ada untuk tambahan macam; Door Gift, Photographer, Videographer, Mini Photobooth, Deejay, Kad Kahwin, Banner/Bunting, Guest Book, etc.

Ya. Betul. Anda cuma perlu datang bawak badan je nak kahwin. Serious. 

Paling best Wedding House ni siap ada ruang atas yang ada 3 bilik untuk tetamu or family berehat. Siap ada bilik pengantin, bilik family and one extra room. Very spacious. Plus it feels like home.

Kite buat majlis nikah dan sanding dekat wedding house ini. Ruang nikah sebelah atas dewan, while untuk reception di bahagian bawah dewan. Everything was perfect and kite recommend this place sangat2. I don't know about you, but I love this place. Next time kalau nak buat kenduri aqiqah ke ape ke, memang nak guna their service je. :)

Packages yang diorang ada memang sangat2 affordable. And when I said affordable, harga dia bile orang tanya,

"How much do you spend on your wedding?"

Dan bila awak cakap berapa, diorang akan "HUH?? TIPU??!" with muka terkejut and all.

Serious.

Dah berapa orang dah duk buat gitu every time me and my mum bagitau berapa cost of the wedding. Hehe

So do check out their websites at Facebook; De Jazs Putra and Instagram; Casa De Jazs by De Jazs Putra for more info okeng? :)


Monday, June 1, 2015

Aku Terima Nikahnya...

I love my wedding dress! 

Saya dah kahwin!

LOL

Lepas 3 minggu baru boleh nak update pasal wedding hari tu. Sebab penat tak habis lagi, plus dengan takde kesempatan nak menulis. Jadi lepas 3 minggu ni baru relax sikit. Dah start masuk office dah pun. Tu yang boleh curi masa update blog ni. Hehe

Anyways, apa nak cerita pasal wedding hari tu?

A LOT!

Jap. Tarik nafas sikit..

Okay. Pada yang baru plan nak berkahwin tu, tolong bersedia fizikal dan mental. Because trust me, a month before wedding tu, your life is gonna get hectic.

My theme wedding was supposed to be English Theme Wedding. Tapi tu lah, it didn't quite went as planned sebab tiba2 last minute akan sentiasa ada episode nak tambah ini nak tambah itu. So my wedding theme dah jadi macam contemporary, Melayu + English gittew.


Untuk wedding kite guna De Jazs Wedding House. They have a great packages yang sangat affordable. Penting untuk tidak membazir for wedding.

" It is important to spend more money on your marriage than on your wedding " 

Nikah dengan reception dibuat pada hari yang sama. Nikah after Zohor and reception sebelah malam pula. All at the same place, De Jazs Wedding House. Sounds macam rushing pula kan? Tapi kite memang nak everything settle in 1 day. Senang. Biar rushing, biar pening. Lepas selesai nanti, semua sama2 boleh hembus nafas puas hati.

And we did.

Majlis dah selesai. Everything went well.

I am finally a wife.

His wife. :)

Semoga cinta kami berkekalan sehingga ke syurga. Aminn ececeh! hahaha


Sunday, May 3, 2015

Ready....and I'm Married! ❤

1, 2, 3......dun dun dunnnnn....

Last night of being single!

And I'm married, ladies & gentlemen~ 

Tuesday, April 28, 2015

5


Awak...

5 hari lagi.....

5 hari je lagi.......

Is everything ok?

Will everything be ok?

Will I be ok?

Am I ready for this new chapter?

Kenapa sekarang baru nak tanya hoi!

Tengok jari sendiri. Tanya hati. Awak dah sedia kan? Awak kan nak jadi isteri dia...



Sobs. Honestly...I can't wait.... :)


Pizza Hut Signature Series


Hari tu memang kenapa tah ngidam nak makan pizza. So order la kami adik beradik Pizza Hut. Ternampak pulak menu baru ni, Signature Series. Macam meleleh air liur je khen? 

Order la kami satu set hidangan untuk 3-4pax; Signature Variety Deal nama die. Dalam set ni ada 2 regular Signature Pizza, 1 Garlic Bread, 4 Drummet & 4 Mushroom Soup. Dan haruslah kite tambah my favorite Cinnamon Stick to the list kan? Harus!

Sekarang ni kalau nak order, takyah angkat telefon dah. Pizza Hut Malaysia dah ada online delivery. Also I heard, dah ada phone apps eh? WOW! Senang kerja. Bertambah malaslah manusia. LOL

Anyway, setengah jam kemudian pizza pun sampai. Bau die Masyallah! Macam tak mau tunggu balance. Terus nak masuk rumah and makan! Tapi sebab kan dah nak hujung bulan, duit baki tu la duit nak hidup lagi seminggu. (Ceh! Duit takde konon, tapi makan pizza...)

Tapi alangkah kecewanya kami bila bukak je kotak pizza tu...indah khabar dari rupa.


Sedap. Tapi presentation fail.

Signature Series Barbecue Bang

Signature Series Italian Primo
Sejujurnya cakap ini pertama kali sepanjang menjadi regular customer Pizza Hut Delivery kite dapat presentation pizza yang teruk macam ni. Macam si tukang masak dah penat sangat agaknya masak jadi dia masak sambil lewa. (tak baik bersangka buruk! Hish)

Tapi kenapa nipis sangat? Kenapa too dry? Kenapa awak letak topping berterabur? Kite request extra cheese, tapi takde pun. Sedih. Kite tak buat complain terus time tu sebab dah malam. Plus kitorang adik beradik lapar, makan je la diam2. Sedap je. ;p

Italian Primo kurang sikit taste dia. Tapi Barbecue Bang sedap. Maybe sebab sauce bbq pizza hut memang terbaik dari dulu, so that pizza is exceptable. Cuma maybe lepas ni boleh perbaik pulih?

But other than that, takde masalah pun. Kite tetap Pizza Hut's regular customer. Lol!

But serious, ayam drummet dgn cinnamon stick die sedap! Go try now!

Friday, April 24, 2015

Avengers: Age Of Ultron

:: SPOILER ALERT !!! ::


Semalam lagi dah tengok Avengers. Gigih tau! Tapi kecewa sikit, sebab ingatkan makin banyak new character, sekali dia add on 2 je yang baru. Kecewa sikit sebab sejujurnya kite expect Spiderman join the team. Tapi takde..sobs

Kite tak tau la orang lain, tapi bagi kite Avengers kali ni memang terbaik. Mungkin sebab kite memang suka tengok scene perang2 super powers ni. Puas okay tengok Hulk destroy a building with one throw. Lepas tu Iron Man tembak semua kasi pecah. LOL

Tapi satu benda je kite kurang faham, kenapa Quicksilver ada 2 version? Peter jadi Pietro? Tapi Quicksilver kan anak Magneto? Oh you make me confuse Marvel. 

Apa2 pun Avengers: Age of Ultron memang worth of watching. Peminat tegar Marvel especially, you won't be disappointed. Yang belum tengok tu, pergi lah tengok cepat2. Tak rugi pun. You'll enjoy the movie as much as I did. 

Tak sabar nak tunggu next installment pulak! 

^_____^

Thursday, April 23, 2015

10


10

Lagi 10 hari...

Am I doing it right?

There's should be a list kan? Ye. Memang ada list. Siap ada special log book dedicated fully untuk preparation nak kahwin ni. 

Banyak gila tulis. Berterabur. Serabut. Sebab tak tau nak mula dekat mana. Luckily a friend, Alya, helped me to get started with some do's and don'ts. Thanks to that, sekarang ni tengah senang lenang duduk depan TV sambil tulis belog. Tak perlu dah nak pikir apa. Tunggu nak kahwin je.

Tapi...

Dah cukup ke?

My check list dah settle ke?

Ada lagi yang tak buat ke?

Ada miss anything ke?

Lagi 10 hari. Lagi 10 hari je ni. Apa lagi yang belum cukup?

Gabra tak pasal2 kan? 

Tapi macam tu la perasaan dia. Kejap nervous, kejap takut, kejap kang nak emosi tiba2, kejap kang pulak satu benda pun tak heran. Haish! Macam2!

Kite check dulu check list;

1. Dewan 

2. Wedding Deco 

3. Pelamin 

4. Wedding Dress/Suits (Nikah & Reception) 

5. Catering 

6. Make Up Artist & Henna 

7. Hantar Kad Kahwin 

8. Baju for Bridesmaids 

9. Hantaransss 

10. ?

Dah? Apa lagi? Apa lagi yang kurang? Ada tak? Ya Allah..serious dah tak tau lagi apa nak pikir dah. Sekarang ni cuma pikir nak rehat je. Takmo feel restless on my wedding day nanti. Huuu~

Doa2 kan wedding kite berjalan lancar ye? 

Insyallah..Amiinn. :)



Wednesday, April 22, 2015

Yang Pertama



Hi.

Ini post yang pertama untuk belog yang baru.

Kenapa belog yang baru? Mana pergi belog lama? Kite tutup dah belog lama tu. Kite dah tak nak tulis kat sana dah. Dah tak nampak nak hidup macam mana dah belog tu. Malap je. LOL

Motif sebenar buat belog baru ni sebab kononnye nak gigih balik tulis belog. Nak mula balik kehidupan di laman sosial. Nak start balik online bisnes. Share balik experience and tutorial. Gittew. 

Hopefully kali ni takde hangat-hangat tahi ayam macam dulu. 

Tapi kite rasa mesti akan ada once in awhile yang terlupa nak update. 

Lately ni asyik busy update instashop je manjang. Maklumlah nak kahwin kan? Kena la cari duit lebih kan? Gittew~ LOL

Ok ok. Sebab ini post yang pertama kan? So takde la nak tulis panjang lebar. Nak kenal-kenal je pun. 

Atas sebab belog ni pun dalam construction lagi, bawak2 lah follow twitter & instagram kite. 

Twitter : @aidateddy

Instagram Personal : @aidateddy

InstaShop : @prelovedbyaidateddy

Okay Bye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...